Geografi Negeri Bersekutu Mikronesia

Negara Negeri Bersekutu Mikronesia terdiri dari 607 buah pulau yang terbentang sejauh 2,900 km melintasi kepulauan Caroline di timur Filipina. Jumlah luas pulau-pulau tersebut membentuk daratan seluas 702 km2 (271 sq mi). Titik tertinggi negara ialah Gunung Nanlaud dengan ketinggian bernilai 782 meter.[26] Pulau-pulau ini dikumpulkan menjadi empat buah negeri iaitu Yap, Chuuk (disebut Truk hingga Januari 1990), Pohnpei (dikenal sebagai Ponape sampai November 1984), dan Kosrae (sebelumnya Kusaie). Keempat-empat negeri masing-masing diwakili oleh sebutir bintang putih pada bendera negara. Ibu kota negara ialah Palikir yang terletak di pulau Pohnpei.

Iklim negara ialah iklim tropika dengan cuaca panas dan lembap yang sekata sepanjang tahun.